Wednesday, November 19, 2008

Lampu dan hostel punya hal

Pagi tadi aku dgn cleaner bangla pi kedai letrik beli barang2 utk betulkan lampu phototheraphy utk baby tu. aku dah tengok dia cuba buat. setakat kluar modal sikit, apa salahnya. Daripada nak beli baru pada harga RM8k. mana nak cari duit tu. setakat tukar harga barang tak lebih RM40 dah boleh pakai balik nak buat apa membazir. cuma harap lepas ni memang boleh guna terus la.

Balik dari kedai letrik aku singgah pi belikan budak2 ni punya mesin basuh baru dengan kipas dinding. Aku belikan je yang semi-auto. biar dia orang rajin sikit. anak2 dara mana boleh manjakan sangat. nanti nak kawin lagi banyak kerja kena buat. so, harap dah boleh settle la masalah kat hostel dia orang tu buat sementara.

untuk masalah toilet dan sinki pulak, aku mintak orang akaun cek dulu sapa punya bangunan. kalau bukan sendiri punya, mintalah tuan punya bangunan yang buatkan. baiki apa2 yang patut. sewa dah bayar dan tak pernah putus pun. so, harap bole bagi kerjasamalah dengan para penghuni. win-win situation.

No comments: