Wednesday, June 15, 2011

New Entry

Fuh..lama sungguh rupanya aku tinggalkan blog ni...aku pun pasti kalau aku masih ingat dia punya password...bila aku google je trus masuk ke sini...

Takpe, aku cuba la utk mendisiplinkan diri mengupdate bila perlu especially pasal apa yg berlaku seharin...tak kira kat tpt kerja, rumah dll...

Wednesday, September 16, 2009

Flash Back - September 2008

Hah rupanya dah cukup setahun aku kat sini. Alhamdulillah, aku rasa banyak perubahan yg aku dapat tengok. Sendiri puashati. Selama setahun ni aku berhempas pulas nak "turnaround" hospital ni. Akhirnya, aku sendiri boleh berbangga dgn hasilnya. Tak lupa juga kepada staff2 aku yg penuh komited dan dedikasi dlm tugasan dia org. Walaupun ada sekerat dua yang aku tak berapa berkenan dgn sikap dia org.

Aku masih ingat cakap bos lama aku, "senang je pegi sana. awak jaga sorang je doktor tu. dan yang paling utama, dapatkan lesen." Dan 2 amanat tu pun aku dah penuhi setelah bermacam2 peristiwa dan insiden yang kekadang betul2 buat aku rasa cam nak quit je.

Sekarang aku boleh katakan "operation wise is in order". Aku boleh tarik nafas dalam2 = lega. Cuma ada beberapa plan yang masih dan kena buat. Nak kena buat reno utk bilik OT utk ikut spesifikasi KKM. Yang ni kena buat dlm tempoh 6 bulan. W/pun surat rasmi dari KKM tak kluar, tp aku kena dahului masa. Takut nanti ada benda2 yg tak disangkan jadi penghalang.

Ok, plan lepas ni, aku kena all out utk buat marketing dan juga utk kembang kan lagi hospital dan klinik ni. Mungkin lepas raya la. Skrg dah takde mood nak keja. Sibuk nak beraya dah....

Monday, August 31, 2009

Kerja - Prestasi Julai 2009

Alhamdulillah, aku hampir2 lupa nak update pasal prestasi untuk bulan Julai yang lalu. Syukur sekali lagi sebab target untuk bulan Julai lebih daripada apa yang aku jangkakan.

Jualan semakin meningkat kalau dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lepas. Cuma apa yang aku risaukan, kos pun turut sama naik. Mana tidaknya, kos yang paling besar adalah hal gaji. Kena pulak, untuk tahun ni je aku buat salary revision, annual increment dan paling baru aku dapat kelulusan untuk bayar "token" sempena nak sambut raya bulan September nanti.

Tapi aku tak kisah sebab aku rasa memang sebahagian besar staff kat sini memang patut dari dulu lagi merasai nikmat macam ni. Dalam suasana macam ni pun, aku masih terkilan dengan sikap sesetengah staff yang seolah2 tak ambil pusing @ serius nak baiki mutu kerja. Takpe, tunggulah hujung tahun nanti dalam appraisal, baru korang tau nasib korang. Sedangkan dalam pertemuan bulanan, aku tak lepas dari ingatkan dia org tentang baiki hasil kerja.

Anyway, aku doa agar perjalanan ke akhir tahun ni akan lebih terbuka dan mudah dengan kerjasama dari anak2 buah aku yg betul2 komited dan tahu kerja masing2.

Tuesday, July 21, 2009

Kerja - Prestasi Jun 2009

Alhamdulillah, utk bulan Jun 2009 performance kira ok jugak walaupun ada "slack" skit sana sini. Terutama pasal tak dapat nak cari doktor ganti utk branch kat PJ, Seksyen 14. Adalah slot kosong dlm 4 hari. Tp dah kira nasih baik sbb Kajang ni boleh cover. Jadi, tak berapa terasa sangat kekurangan target sales tu.

Walaupun jualan lebih dari RM300k, tp kurang dari yang sepatutnya seperti yg pernah direkodkan sebelum ni - RM20k terkurang.

Apa pun bulan Julai 2009 ni pun tak jauh dari mencabar jugak....Tunggu..........

Wednesday, June 17, 2009

Kerja - Prestasi Mei 2009

Syukur, prestasi utk bulan Mei ni agak memberangsangkan. Jualan utk hospital dan juga klinik agak tinggi sampai aku sendiri pun macam tak percaya.

Semalam bila bentang keputusan kewangan dalam mesyuarat pun semua org boleh senyum lebar. Cuma timbul tanggungjawab yg lebih besar utk capai target hujung tahun ni agak masih kelam sebab nak kena buat peruntukan utk IT.

Selain tu pulak nak kena buat tambahan pada gaji sebab dah buat kenaikan gaji utk semua staff. Harap2 semua boleh dicapai dan target hujung tahun boleh settle.

Tuesday, May 5, 2009

Kerja-Prestasi Apr 2009

Minggu lepas aku cuba dapatkan data tentang financial performance utk bulan April 2009. Alhamdulillah, target sales utk bulan tu naik utk hospital dan juga klinik. Boleh la aku tarik nafas lega dan dalam.

Klinik kat PJ tu pun cukup bangga bila target sales pun lebih daripada biasa. Kagum juga aku walaupun dia orang semua muda remaja, tp ada komitmen yang cukup tinggi untuk majukan klinik tu. Rasa bangga di hujung telefon dan dari nada doktor cukup buat aku puas.

Minggu depan ada mesyuarat ahli lembaga pengarah. Skrg ni aku tengah dok bikin paper untuk meeting tu nanti. Aku tak berapa risau sangat, cuma bila tiba part nak expand franchise ni yang aku malas nak komen.

Apa pun, aku bentang ajelah apa yg aku rasa "sedap" didengar. Jalan atau tidak, aku rasa kena ketepikan dulu. Aku pun ada gak plan lain selain dari nak kembangkan franchise yg pada aku memang tak boleh nak pergi jauh. Lebih baik kasi bikin hospital dan klinik sendiri dulu betul2 kukuh baru go all out utk attract klinik luar.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, April 13, 2009

Kerja-Prestasi Mar 2009

Awal bulan ni punya performance betul2 buat aku gelabah. Target sales tak cukup. So, ada kesan kat bottom line company. Fikir-punya fikir sampai aku dah naik muak cari jalan macam mana nak "main silap mata".

Akhirnya staff aku bg tau sales ada pertambahan, so boleh cecah untung dlm RM26k utk bulan Mar 2009. Lega giler aku dengar berita ni. Rupanya ada sales invoice yang tak masuk lagi. So, bottom line dari cukup2 makan sekarang dah "terlebih makan". Aku mintak lagi staff aku adjust mana2 yg patut. tak mau la tunjuk profit lebih2.

Kira masih selamat setakat hari ni. Harap aku boleh maintain prestasi sampai hujung tahun.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

http://www.pengurusankewangan.com/index.php?ref=Missai