Klinik kat PJ tu pun cukup bangga bila target sales pun lebih daripada biasa. Kagum juga aku walaupun dia orang semua muda remaja, tp ada komitmen yang cukup tinggi untuk majukan klinik tu. Rasa bangga di hujung telefon dan dari nada doktor cukup buat aku puas.
Minggu depan ada mesyuarat ahli lembaga pengarah. Skrg ni aku tengah dok bikin paper untuk meeting tu nanti. Aku tak berapa risau sangat, cuma bila tiba part nak expand franchise ni yang aku malas nak komen.
Apa pun, aku bentang ajelah apa yg aku rasa "sedap" didengar. Jalan atau tidak, aku rasa kena ketepikan dulu. Aku pun ada gak plan lain selain dari nak kembangkan franchise yg pada aku memang tak boleh nak pergi jauh. Lebih baik kasi bikin hospital dan klinik sendiri dulu betul2 kukuh baru go all out utk attract klinik luar.
--------------------------------------------------------------------------------------------------