Alhamdulillah, aku hampir2 lupa nak update pasal prestasi untuk bulan Julai yang lalu. Syukur sekali lagi sebab target untuk bulan Julai lebih daripada apa yang aku jangkakan.
Jualan semakin meningkat kalau dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lepas. Cuma apa yang aku risaukan, kos pun turut sama naik. Mana tidaknya, kos yang paling besar adalah hal gaji. Kena pulak, untuk tahun ni je aku buat salary revision, annual increment dan paling baru aku dapat kelulusan untuk bayar "token" sempena nak sambut raya bulan September nanti.
Tapi aku tak kisah sebab aku rasa memang sebahagian besar staff kat sini memang patut dari dulu lagi merasai nikmat macam ni. Dalam suasana macam ni pun, aku masih terkilan dengan sikap sesetengah staff yang seolah2 tak ambil pusing @ serius nak baiki mutu kerja. Takpe, tunggulah hujung tahun nanti dalam appraisal, baru korang tau nasib korang. Sedangkan dalam pertemuan bulanan, aku tak lepas dari ingatkan dia org tentang baiki hasil kerja.
Anyway, aku doa agar perjalanan ke akhir tahun ni akan lebih terbuka dan mudah dengan kerjasama dari anak2 buah aku yg betul2 komited dan tahu kerja masing2.