Kantoi sbb tadi bila aku turun bawah buat round ada plak yg lepak dlm bilik tengok tv. tp aku buat tak tau je la. biar dia org malu sendiri. sendiri mau ingat la beb! lu org bukan budak2 lagi. dah jadi mak budak dah pun!
sebenarnya aku nak tengok lampu yg aku mintak pinjam dari sister co dah sampai ke blum. nasib baik ada, kalu tak kesian gak kat baby yg kena jaundice tu. staff kata bacaan 19, dah kira tinggi. tu yg kena kasi power lebih skit biar dia cepat surut kuningnya.
aku tengok mesin photometer tu mmg dah sampai masa utk di ganti. tp aku rasa cam bole bertahan lagi sbb kalau setakat tukar bulb yg dah terbakar pastu beli device utk baca UV strength dah cukup memadai utk sementara waktu. kalau nak tukar, busuk2 pun terbang RM8k. mana nak cekau duit. elok nak kasi akaun cantik skit dah jadi merah semula.
tadi pun aku dah email kat org IT pasal minta instal new system secepat mungkin. lantak pi la camna dia nak reply balik. yg penting aku dah selesaikan part aku sendiri. cuma nak kena follow up je la dgn mereka yg berkenaan.
No comments:
Post a Comment